Thursday, 21 April 2016

Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam



Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam

Tajuk jurnal kebebasan media komunikasi menurut perspektif Islam dipilih sebagai bahan rumusan. Jurnal ini merupakan sumber Jurnal Hadhari yang ditulis oleh Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron dan Nik Yusri Musa dari Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2009.
Media komunikasi merupakan salah satu kemajuan teknologi yang menjadi kemudahan kepada pengguna. Hal ini demikian kerana media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Malah tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun begitu, demi menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej, maka penyampaiannya perlulah bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh kepada akhlak dan etika yang luluh. Hal ini demikian kerana setiap mesej yang di sampaikan mestilah lebih ke arah positif dan memberi manfaat kepada pengguna. Selain itu, ajaran Islam mestilah menjadi dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi negara.
Tambahan pula, Penguatkuasaan undang-undang mestilah tegas dalam memastikan media komunikasi bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar. Namun begitu, jika berlaku kekeliruan, segeralah merujuk kepada panel syariah sebagai penasihat badan media komunikasi. Hal ini demikian kerana segala permasalahan dapat diselesaikan mengikut panduan agama Islam yang betul dan lebih tepat. Seterunya, analisis dokumen mengandungi akta berkaitan kebebasan media komunikasi negara. Dengan menggunakan analisis sedemikian, kaedah-kaedah ilmu fiqh  turut mengemukakan beberapa prinsip yang boleh dijadikan panduan dalam amalan kebebasan media komunikasi. Isu kebebasan media komunikasi ketengahkan untuk dibincangkan dengan lebih terperinci dari perspektif Islam. Isu ini menjadi lebih serius apabila banyak maklumat disebarkan melalui media komunikasi dengan lebih terbuka dan bebas tanpa sebarang tapisan yang dilakukan.
Keadaan sedemikian telah mengeruhkan lagi keadaan apabila mesej tersebut mempunyai perkara negatif dan memberi keburukan kepada penerima. Kebebasan dan keterbukaan seperti sedemikian akan menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu yang perlu dipelihara dan juga akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara yang mesti kita jaga. Ini jelas menunjukkan bayak kesan negatif yang akan mengundang jika kita terus leka dengan media komunikasi. Prinsip Islam Hadhari merupakan usaha yang dilaksanakan bagi membantu pihak kerajaan dalam mendidik masyarakat supaya menjadi knowledge society yang dinyatakan oleh pihak kerajaan.
Media komunikasi merupakan salah satu perkara yang penting dan menjadi keperluan oleh masyarakat. Menurut Azizan Bahari (1998), hasil kajian yang dijalankan menunjukkan pengaruh media komunikasi begitu hebat dan kuat mencengkam jiwa belia. Hal ini demikian kerana kemajuan teknologi komunikasi dan kecanggihan gadget telah menyebabkan maklumat mudah terima tanpa di tapis yang mengandungi unsur negatif dan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak diingini. Tambahan pula, terdapat mesej yang mampu menyentuh perasaan dan mempengaruhi pemikiran serta mencorakkan sikap tertentu dengan gaya hidup barat yang akan mengakibatkan keruntuhan nilai-nilai ketimuran terutama golongan remaja. Ini jelas menunjukkan peningkatan penurunan akhlak dan sahsiah serta kemuliaan Islam kerana kebanyakan golongan yang menganut agama Islam lebih gemar meniru gaya kebaratan seperti k-pop.
Peranan media sosial dari sudut tanggungjawab sosial :
1.      Memenuhi kewajipan terhadap masyarakat berteraskan profesionalisme seperti kualiti, maklumat, kebenaran, ketepatan dan kesesuaian.
2.      Bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan
3.      menghindari mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara
4.      memberi peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pandangan yang memberi impak baik
5.      individu yang terlibat dengan tanggungjawab media komunikasi mestilah bertanggungjawab terhadap majikan dan negaranya.
Peranan media komunikasi dari sudut pembangunan :
1.      Menyokong usaha pembangunan yang sejajar dengan dasar dan polisi kerajaan
2.      Membangunkan masyarakat dengan maklumat yang mengandungi nilai-nilai budaya yang baik
3.      Kerajaan mempunyai hak campur tangan dalam mana-mana organisasi media komunikasi bagi memastikan proses pembangunan masyarakat dan negara dapat berjalan dengan baik.
Islam mengajar kita menyemai sifat tabligh iaitu menyampaikan dalam kehidupan. Dalam hal sedemikian, Al-quran dan al-sunah merupakan sumber utama bagi ajaran Islam berperanan menyampaikan mesej-mesej yang jelas mempunyai kesan tertentu dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana Allah telah berfirman agar meninggalkan apa yang dilarang akan membawa kepada keburukan dan lakukan apa yang disuruh yang menuju ke arah kebaikan.  Ini jelas menunjukkan bahawa mesej media komunikasi mestilah berteraskan falsafah pembinaan insan yang soleh berobjektifkan knowledge society yang mampu memperkukuhkan kemajuan negara tanpa mengabaikan aspek pembinaan akhlak.
Bentuk mesej yang dilarang dari diketengahkan yang akan memberi kesan yang buruk dalam masyarakat :
1.      Mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas.
2.      Menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai-bagai bentuk.
3.      Menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau pornografi
Akhlak media dan komunikasi penting dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana tanpa penghayatan akhlak, media komunikasi sudah pasti akan menyebabkan keruntuhan nilai-nilai baik dalam masyarakat. Setiap maklumat yang ingin disampaikan mestilah benar-benar sahih tanpa sebarang fitnah yang dilakukan dan memberi manfaat kepada penerima.
Seterusnya, peranan pelbagai pihak terhadap kebebasan media komunikasi dituntut dalam Islam. Hal ini demikian kerana tanggungjawab utama adalah pihak pemerintah dalam memelihara negara dan rakyat daripada sebarang unsur negatif yang merosakkan. Selain itu, pihak berwajib perlu memastikan media komunikasi berperanan menyebarkan mesej dan maklumat yang positif serta dapat membina pemikiran masyarakat, menambahkan ilmu serta memupuk sifat mahmudah. Menurut perspektif Islam, lima prinsip al-Maqasid al-syar’iyyah sebagai dasar penggubalan undang-undang dan akta media komunikasi untuk kebaikan bersama.
Lima prinsip al-Maqasid al-syar’iyyah :
1.      Memelihara agama
2.      Memelihara nyawa
3.      Memelihara keturunan
4.      Memelihara akal
5.      Memelihara harta
Prinsip tersebut jelas memberi panduan kepada masyarakat dalam melakukan kebebasan media komunikasi. Media komunikasi menurut perspektif Islam memberi kesan positif dan kebaikan serta memelihara diri, bangsa, agama dan negara.

Rumusan
Secara keseluruhannya, media komunikasi menurut perspektif Islam dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan negara yang sejahtera. Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah memastikan media komunikasi berperanan sebagai agen yang membantu dalam mencorakkan  pemikiran dan sikap masyarakat ke arah menjadi warganegara yang berakhlak mulia.

Sunday, 17 April 2016

Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah



Tajuk jurnal Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah dipilih sebagai bahan rumusan. Jurnal ini merupakan sumber Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu di tulis oleh Abdul Rasid Jamin dan Shamsudin Otham Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2011.
            Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan tumpuan pada empat kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam usaha memperkasa pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, maka kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum harian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur” menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid bagi memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didikan hiburan.
            Terdapat beberapa objektif dalam aspek bahasa bertujuan memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
-          menyebut dan memahami puisi melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur
-          mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur
-          mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur
-          melafazkan pantun dengan intonasi yang betul di samping memahami maksud pantun
Metodologi kajian dijalankan merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Hal ini demikian kerana soal selidik digunakan untuk peroleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak seterusnya memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu populasi secara fakta dan tepat (Sidek Mohd. Noah, 2002). Sekolah yang telah dipilih Kementerian untuk dijadikan sampel bermatlamat mengumpulkan maklumat mengenai pemboleh ubah berkaitan fenomena tanpa menyoal mengapa pemboleh ubah tersebut wujud. Data soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A latar belakang sampel kajian ( guru Bahasa Melayu) seperti lokasi sekolah, jantina, kaum, umur, kelulusan akademik dan pengkhususan. Hal ini bertujuan untuk memerihalkan latar belakang responden. Bahagian B pula melihat tahap kefahaman terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terhadap murid sekolah rendah. Seterusnya bahagian C bagi mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam seni bahasa dan bahagian D memperlihatkan tahap bacaan murid terhadap elemen sastera. Hal ini demikian kerana penggunaan borang soal selidik berupaya memperoleh maklumat dengan tepat dan jelas.
Seterusnya, proses pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan untuk memiliki sumber maklumat yang lebih tepat. Penggunaan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) merupakan kaedah analisis dan statistik deskriptif bermatlamat untuk memperihalkan data dengan jelas dan efektif. Seterusnya dapatan analisis kajian dipaparkan dalam bentuk berjadual serta dibincangkan mengikut item yang berpandukan objektif dan pemboleh ubah yang ditetapkan. Kaedah sedemikian digunakan kerana mampu memperoleh sesuatu keputusan yang lebih tepat apabila menggunakan objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan.
Statistik kajian merupakan peringkat yang akan menghuraikan analisis dapatan kajian ini. Kaedah ini  menggunakan pemarkahan dalam skala Likert 4 point iaitu sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2), dan sangat tidak setuju (1) terhadap setiap item yang dikemukakan. Hal ini demikian kerana Skala Likert dibentuk berasaskan andaian bahawa keseluruhan markah gerak balas terhadap butir-butir yang di gambarkan sikap tertentu dikaji memberikan pengukuran berasaskan mengenai sikap tersebut. Kajian ini juga memperoleh data melalui peratusan, min dan sisihan piawaian. Dengan cara sedemikian, sesuatu keputusan yang diperoleh lebih kukuh dan tepat.
Tambahan pula, penggunaan konsep seni bahasa sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Pengelasan konsep “seni” dan “bahasa” membawa maksud yang sangat mendalam iaitu “seni” merujuk kepada bentuk teks penuh dengan nilai keindahan dan boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan manakala “bahasa” merujuk elemen yang terdapat dalam bentuk nahu atau tatabahasa. Penggunaan konsep nilai bahasa sendiri mampu berdiri dengan pengisian yang sangat sarat dengan nilai bahasa sastera. Buktinya, penggunaan unsur alam dalam sajak, pantun, syair dan sebagainya dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan menarik dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan sedemikian lebih bekesan dengan memberikan fokus kepada aktiviti genre berbentuk puisi seperti lirik lagu, pantun, syair . Penerapan yang dititikberatkan dalam pendekatan ini adalah melalui proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa dalam pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Dalam jurnal ini, dapatan kajian telah diperoleh setelah kajian dijalankan. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif bagi mempamerkan kekerapan dan min responden terhadap setiap item soal selidik. Pertama, hasil dapatan mengikut skor min secara keseluruhan bagi semua murid. Secara puratanya, nilai skor min paling tinggi ialah para guru mengakui penggunaan bahasa sastera dalam pembelajaran dan pengajaran seni bahasa sastera membawa manfaat penting kepada guru mahupun murid. Seterusnya, skor min kedua tertinggi ialah guru memahami konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa dan pendapat guru mengatakan tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera berlaku peningkatan dan akhir sekali penggunaan teks dan bahan mengajar dalam Pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sastera meningkat. Ini jelas menunjukkan seni bahasa merupakan satu pola kurikulum baharu dan dapat meningkatkan mutu atau tahap pemahaman murid.
            seterusnya, dapatan kajian dapat dilihat daripada tahap pembacaan murid terhadap element sastera. Dalam kajian ini, guru menggunakan teknik didik hibur. Hal ini telah membuktikan bahawa matlamat pengajaran melalui nyanyian, berpantun, bersketsa mampu membuatkan murid menyebut dan memahami unsur seni bahasa dalam lagu adalah tinggi. Secara tidak langsung elemen sastera dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid secara mekanis.  Namun begitu, penerapan elemen seni bahasa juga dengan tujuan dan sasaran betul telah dapat melahirkan murid agar dapat melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa indah serta sedap didengar. Ini jelas menunjukkan keberkesanannya kepada pelajar setelah murid menggunakan kaedah sedemikian.
            Tambahan pula, manfaat pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa terhadap murid jelas menunjukkan kemajuan dan prestasi murid berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan. Hal ini demikian kerana guru telah menggunakan kaedah faktor x dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid dalam mendalami seni bahasa yang unik. Selain itu, dalam pemerhatian guru juga, peningkatan dalam kalangan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan menaakul jauh lebih baik dan guru bersetuju bahawa kecekapan pedagogi murid semakin meningkat setelah pelaksanaan seni bahasa seperti disasarkan oleh sukatan KSSR.
            Seterusnya, pandangan guru juga merupakan dapat kajian yang dikaji dalam pelaksanaan seni bahasa dalam sistem KSSR. Para guru telah memberikan pandangan yang positif dan menyokong pelaksanaan ini. Secara tidak langsung, para guru dapat memberikan tumpuan dan suasana pembelajaran lebih kondusif dan lebih menarik. Selain itu, kaedah seni bahasa dengan pelaksanaan “didik hibur” merupakan faktor kejayaan guru kerana penerimaan yang baik oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru telah berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran 3M. Dengan cara sedemikian, kesimpulan ini dapat dirumuskan daripada pendekatan seni bahasa iaitu guru melaksanakan pendekatan bersifat santai, kelakar, seronok dan gembira, semangat mencuba serta tidak takut dan kurang stres. Hal ini jelas menunjukkan kesan positif dengan menggunakan pendekatan sedemikian terhadap murid dalam pengajaran dan pembelajaran.









Rumusan
            Segala keseluruhan, seni bahasa yang digunakan dalam KSSR sangat berkesan dan sesuai dilaksanakan dan digunakan dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana seni bahasa dikenali sebagai alat pembelajaran yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid bagi menggantikan kepada modul kurikulum KBSR. Selain itu, penggunaan seni bahasa sastera jelas menunjukkan peningkatan kecemerlangan murid dengan menggunakan kemahiran dalam aspek membaca, menulis, keupayaan lisan serta menaakul juga bertambah baik. Menurut Marohaini Yusof (1999). pelaksanaan element sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa jelas bersifat sebagai satu pendekatan didikan hiburan dengan pedagogi. Hal ini demikian merupakan saranan murni sebagai usaha untuk memperkayakan strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Seterusnya, guru berperanan sebagai teladan kepada murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek manakala murid berperanan untuk mewarisi ciri kreativiti dimiliki guru sebagai Role Model mereka. Keadaan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan kandungan yang menarik malah guru dan murid telah berganding bahu mencipta dan menjadikan sesuatu suasana yang harmoni di dalam bilik belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.