Pelancongan Budaya di Malaysia :
Membina Konsepnya
Tajuk jurnal Pelancongan Budaya di Malaysia : Membina Konsepnya
sebagai bahan rumusan. Jurnal ini merupakan sumber Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu ditulis oleh Mohamed Anwar Omar Din dan Zulayti Bin Zakaria Universiti
Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2011.
Pembentukan konsep
pelancongan budaya di Malaysia menggunakan sumber utama iaitu Akta Industri
Pelancongan 1992 sebagai rujukan utama jurnal. Sumber utama ini digunakan bagi
mencadangkan definisi pelancongan budaya yang di lihat dari aspek permintaan
dan penawaran seterusnya cara mengklasifikasikan produk budaya.
Secara konseptual,
konsep pelancongan budaya amat sukar untuk dijelaskan dan masih belum menemui
baku mengenai konsep pelancongan budaya. Kesukaran mendefinisikan konsep budaya
menimbulkan masalah pada persoalan akar perkataan tersebut kerana konsep budaya
itu sendiri mempunyai pelbagai makna mengikut keadaan. Pelbagai pendapat
sarjana seperti Richards, Kroeber dan Kluckhohn, Hughes telah mengemukakan
pendapat sendiri berdasarkan buku dan tafsiran mereka dan akhirnya mempunyai
pendapat yang sama dalam mendefinisikan konsep budaya. Selain itu, menurut Smith (2003), beliau telah
membuat semakan khusus tentang isu-isu dalam pelancongan budaya bagi memperoleh
sesuatu konsep pelancongan budaya yang lebih tepat. Hal ini demikian kerana
isu-isu dalam pelancongan dapat melakarkan sesuatu konsep apabila mengkaji
lebih mendapat mengenai situasi dan konflik dalam pelancongan budaya.
Masalah ini timbul
apabila pakar penyelidik dan ahli sarjana membuat satu konsep berdasarkan
kelebihan dan kepakaran masing-masing sehingga kini tiada definisi yang mutlak
dalam konsep pelancongan budaya. Tambahan pula, kesukaran untuk menjelaskan
definisi konsep pelancongan budaya adalah suatu fenomena yang wujud menjadi
faktor utama di Malaysia. Ini jelas menunjukkan faktor permintaan dan penawaran
mempengaruhi pembinaan pendefinisian konsep pelancongan budaya dalam konteks
Malaysia.
Seterusnya, konsep
pelancongan budaya dalam dunia akademik telah membantu membina konsep
pelancongan budaya oleh Lord 1999, Hughes 1996, Richards 2003, dan Howe 2005.
Menurut Howe (2005), berdasarkan literatur yang telah dilakukan didapati antara
tulisan-tulisan penting mengenai konsep pelancongan budaya dan menjadi rujukan
utama dalam pengajian pelancongan pada hari ini oleh Velene Smith (1989),
Richards (1996), Pichard (1993), Jafari (1992), McIntoch (1995) dan McKercher
dan Cos(2002). Pada hari ini, pebagai pihak telah merujuk konsep pelancongan
budaya berasakan definisi yang telah diberikan oleh UNWTO (United Nations World
Tourism Organization). Pertubuhan pelancongan sedunia ini mengutamakan dua
paras definisi pelancongan budaya iaitu definisi sempit (narrow definition) dan
definisi luas (wide definition).
Selain itu,
definisi pelancongan budaya dalam konteks Malaysia digunakan mengikut
kesesuaian dengan keadaan serta keperluan tertentu oleh sesuatu pihak. Hal ini
demikian kerana keperluan-keperluan itu bergantung pada sudut pandangan,
perspektif, perkara, isu yang ini diperkatakan atau dikaji. Setelah sekian lama
melaksanakan penyelidikan dalam bidang pelancongan di Malaysia, satu rumusan
telah di lakukan bahawa sumber rujukan paling utama untuk mendefinisikan
pelancongan budaya di Malaysia adalah Akta Industri Pelancongan 1992.
Aplikasi definisi
pelancongan budaya digunakan bagi mendapatkan penjelasan untuk membantu para
pengkaji, perancangan dan penggubalan dasar pembangunan memperoleh gambaran
tentang definisi pelancongan budaya di Malaysia. Selain itu, penegasan konsep
dilakukan selari dengan definisi-definisi dalam dunia akademik, definisi
pelancongan budaya di Malaysia mestilah dilihat daripada sudut utama iaitu permintaan dan penawaran. Hal ini
demikian kerana konsep permintaan dan penawaran sendiri mempunyai makna yang
berbeza mengikut keadaan dan situasi tertentu. Menurut Akta Warisan Kebangsaan
2005, aspek-aspek budaya terbahagi kepada dua bentuk iaitu budaya ketara dan
budaya tak ketara. Sebaliknya, dalam dunia akademik, perkara-perkara tersebut
dianggap terdiri daripada aspek-aspek budaya ekspresif iaitu amalan kehidupan
seharian dan kegiatan bersenggang. Hal ini demikian kerana sungguh luas makna
budaya dalam kehidupan sehari di Malaysia.
Merunut Kadir Haji
Din (1997) secara keseluruhannya produk budaya dalam pelancongan boleh
diklasifikasikan dalam dua bentuk iaitu budaya –dipentaskan dan budaya di
belakang tabir. Namun begitu, kajian ini didapati terdapat datu lagi bentuk
produk dengan kelas tersendiri iaitu warisan peninggalan lama. Pengkelasan ini
adalah istilah teknikal yang bermaksud sebarang bentuk budaya sama ada dalam
bentuk ketara mahupun tidak ketara. Ini jelas menunjukkan pelbagai pendapat
yang dikemukakan oleh ahli pengkaji dan sarjana dalam mendefinikasikan konsep
pelancongan budaya di Malaysia. Namun begitu, setiap pendefinisian boleh
diterima dan di gunakan mengikut keadaan dan persekitaran yang tertentu.
Rumusan
Secara keseluruhannya, konsep pelancongan budaya adalah masih baru
walaupun kegiatan pelancongan ini telah wujud sekian lama di Malaysia. Hal ini
demikian kerana konsep tersebut baru ditemui dalam dunia akademik pada tahun
19980-an. Hasil daripada rujukan sumber utama yang asal iaitu Akta Industri
Pelancongan 1992 definisi pelancongan budaya dalam konteks Malaysia di
cadangkan dan di ketengahkan. Berdasarkan Akta tersebut, cadangan definisi
pelancongan budaya dalam konteks Malaysia dapat didefinisikan dalam dua sudut.
Sudut pertama adalah jika dilihat daripada sudut permintaan, pelancongan budaya
dapat didefinisikan sebagai pelancongan yang bercirikan oleh kecenderungan para
pelancong dengan tujuan keseronokan, kebudayaan, agama, melawat rakan,
pengajian atau penyelidikan dan apa sahaja maksud yang tidak berhubungan dengan
sesuatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati. Sudut kedua
pula, jika dilihat daripada sudut penawaran iaitu produk, pelancongan budaya
dapat didefinisikan sebagai pelancongan bercirikan oleh penawaran restoran,
pusat tarikan pelancong dan institusi budaya serta pembuatan dan jualan
cenderamata. Hal ini jelas menunjukkan kedua-dua pengertian dalam konsep
permintaan dan penawaran daripada sudut pelancongan budaya. Keadaan sedemikian
dicadangkan merupakan salah satu cara untuk memudahkan penyelidikan dalam
pelancongan ialah mengklasifikasikan aspek-aspek budaya dalam tiga kelompok
iaitu budaya-dipentaskan, warisan peninggalan lama dan budaya-di belakang
tabir. Ini jelas menunjukkan konsep pelancongan budaya dapat didefinisikan
mengikut keadaan dan persekitaran yang bersesuaian.
No comments:
Post a Comment