Kebebasan Media
Komunikasi Menurut Perspektif Islam
Tajuk jurnal kebebasan media komunikasi menurut perspektif Islam
dipilih sebagai bahan rumusan. Jurnal ini merupakan sumber Jurnal Hadhari yang
ditulis oleh Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron dan Nik Yusri Musa
dari Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2009.
Media komunikasi merupakan salah satu kemajuan teknologi yang
menjadi kemudahan kepada pengguna. Hal ini demikian kerana media komunikasi
tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Malah tanpa kebebasan mesej, media
komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun begitu, demi
menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media
dalam memperoleh mesej, maka penyampaiannya perlulah bergerak dalam lingkungan
undang-undang serta berpegang teguh kepada akhlak dan etika yang luluh. Hal ini
demikian kerana setiap mesej yang di sampaikan mestilah lebih ke arah positif
dan memberi manfaat kepada pengguna. Selain itu, ajaran Islam mestilah menjadi
dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media
komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi negara.
Tambahan pula, Penguatkuasaan undang-undang mestilah tegas dalam
memastikan media komunikasi bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar. Namun
begitu, jika berlaku kekeliruan, segeralah merujuk kepada panel syariah sebagai
penasihat badan media komunikasi. Hal ini demikian kerana segala permasalahan
dapat diselesaikan mengikut panduan agama Islam yang betul dan lebih tepat. Seterunya,
analisis dokumen mengandungi akta berkaitan kebebasan media komunikasi negara.
Dengan menggunakan analisis sedemikian, kaedah-kaedah ilmu fiqh turut mengemukakan beberapa prinsip yang
boleh dijadikan panduan dalam amalan kebebasan media komunikasi. Isu kebebasan
media komunikasi ketengahkan untuk dibincangkan dengan lebih terperinci dari
perspektif Islam. Isu ini menjadi lebih serius apabila banyak maklumat
disebarkan melalui media komunikasi dengan lebih terbuka dan bebas tanpa
sebarang tapisan yang dilakukan.
Keadaan sedemikian telah mengeruhkan lagi keadaan apabila mesej
tersebut mempunyai perkara negatif dan memberi keburukan kepada penerima.
Kebebasan dan keterbukaan seperti sedemikian akan menjejaskan kredibiliti dan
maruah golongan atau individu yang perlu dipelihara dan juga akan mengakibatkan
berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara yang mesti kita
jaga. Ini jelas menunjukkan bayak kesan negatif yang akan mengundang jika kita
terus leka dengan media komunikasi. Prinsip Islam Hadhari merupakan usaha yang
dilaksanakan bagi membantu pihak kerajaan dalam mendidik masyarakat supaya
menjadi knowledge society yang dinyatakan oleh pihak kerajaan.
Media komunikasi merupakan salah satu perkara yang penting dan
menjadi keperluan oleh masyarakat. Menurut Azizan Bahari (1998), hasil kajian
yang dijalankan menunjukkan pengaruh media komunikasi begitu hebat dan kuat
mencengkam jiwa belia. Hal ini demikian kerana kemajuan teknologi komunikasi
dan kecanggihan gadget telah menyebabkan maklumat mudah terima tanpa di tapis
yang mengandungi unsur negatif dan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak
diingini. Tambahan pula, terdapat mesej yang mampu menyentuh perasaan dan mempengaruhi
pemikiran serta mencorakkan sikap tertentu dengan gaya hidup barat yang akan
mengakibatkan keruntuhan nilai-nilai ketimuran terutama golongan remaja. Ini
jelas menunjukkan peningkatan penurunan akhlak dan sahsiah serta kemuliaan
Islam kerana kebanyakan golongan yang menganut agama Islam lebih gemar meniru
gaya kebaratan seperti k-pop.
Peranan media sosial dari sudut tanggungjawab sosial :
1.
Memenuhi
kewajipan terhadap masyarakat berteraskan profesionalisme seperti kualiti,
maklumat, kebenaran, ketepatan dan kesesuaian.
2.
Bertindak
dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan
3.
menghindari
mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara
4.
memberi
peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pandangan yang memberi impak baik
5.
individu
yang terlibat dengan tanggungjawab media komunikasi mestilah bertanggungjawab
terhadap majikan dan negaranya.
Peranan media komunikasi dari sudut pembangunan :
1.
Menyokong
usaha pembangunan yang sejajar dengan dasar dan polisi kerajaan
2.
Membangunkan
masyarakat dengan maklumat yang mengandungi nilai-nilai budaya yang baik
3.
Kerajaan
mempunyai hak campur tangan dalam mana-mana organisasi media komunikasi bagi
memastikan proses pembangunan masyarakat dan negara dapat berjalan dengan baik.
Islam mengajar kita menyemai sifat tabligh iaitu menyampaikan dalam
kehidupan. Dalam hal sedemikian, Al-quran dan al-sunah merupakan sumber utama
bagi ajaran Islam berperanan menyampaikan mesej-mesej yang jelas mempunyai
kesan tertentu dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana Allah telah berfirman
agar meninggalkan apa yang dilarang akan membawa kepada keburukan dan lakukan
apa yang disuruh yang menuju ke arah kebaikan. Ini jelas menunjukkan bahawa mesej media
komunikasi mestilah berteraskan falsafah pembinaan insan yang soleh
berobjektifkan knowledge society yang mampu memperkukuhkan kemajuan
negara tanpa mengabaikan aspek pembinaan akhlak.
Bentuk mesej yang dilarang dari diketengahkan yang akan memberi
kesan yang buruk dalam masyarakat :
1.
Mendedahkan
keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang
jelas.
2.
Menyiarkan
berita fitnah dalam berbagai-bagai-bagai bentuk.
3.
Menyebarkan
perkara-perkara yang lucah atau pornografi
Akhlak media dan komunikasi penting dalam masyarakat. Hal ini
demikian kerana tanpa penghayatan akhlak, media komunikasi sudah pasti akan
menyebabkan keruntuhan nilai-nilai baik dalam masyarakat. Setiap maklumat yang
ingin disampaikan mestilah benar-benar sahih tanpa sebarang fitnah yang
dilakukan dan memberi manfaat kepada penerima.
Seterusnya, peranan pelbagai pihak terhadap kebebasan media
komunikasi dituntut dalam Islam. Hal ini demikian kerana tanggungjawab utama adalah
pihak pemerintah dalam memelihara negara dan rakyat daripada sebarang unsur
negatif yang merosakkan. Selain itu, pihak berwajib perlu memastikan media
komunikasi berperanan menyebarkan mesej dan maklumat yang positif serta dapat
membina pemikiran masyarakat, menambahkan ilmu serta memupuk sifat mahmudah.
Menurut perspektif Islam, lima prinsip al-Maqasid al-syar’iyyah sebagai
dasar penggubalan undang-undang dan akta media komunikasi untuk kebaikan
bersama.
Lima prinsip al-Maqasid al-syar’iyyah :
1.
Memelihara
agama
2.
Memelihara
nyawa
3.
Memelihara
keturunan
4.
Memelihara
akal
5.
Memelihara
harta
Prinsip tersebut jelas memberi panduan kepada masyarakat dalam
melakukan kebebasan media komunikasi. Media komunikasi menurut perspektif Islam
memberi kesan positif dan kebaikan serta memelihara diri, bangsa, agama dan
negara.
Rumusan
Secara keseluruhannya, media komunikasi menurut perspektif Islam
dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan negara yang
sejahtera. Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa
pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak kerajaan
perlulah memastikan media komunikasi berperanan sebagai agen yang membantu
dalam mencorakkan pemikiran dan sikap
masyarakat ke arah menjadi warganegara yang berakhlak mulia.
No comments:
Post a Comment